Скачать книгу

ada baiknya mereka tidak sukakanku", bisiknya sementara memandang ke bandar.

      Kane mengangguk tegas dan menusuk tangannya dalam poketnya. Dia akan tinggal hanya cukup masa untuk menyahkan masalah langsuir ini yang tidak disengajakannya. Tapi bila itu habis, dia akan pergi bersendirian semula. Dengan itu, bila dia memutuskan untuk pergi nanti, tiada siapa akan mahu mengikutnya.

      Fikiran itu membuatnya gusar.

      *****

      Trevor memandu masuk anjung Envy dan padamkan injin kereta. Dia mahu bercakap dengannya dan melihat bagaimana dia. Mungkin dia ada masa untuk memikirkan apa yang dia beritahunya... lagipun, itu satu kebenaran.

      Memandang ke benda di kerusi penumpang, dia tersengeh sebelum mengambilnya. Dia telah mengira berapa jeans yang 'dipinjam' sebelum ini dari Chad, dan sekarang dia mahu memulangkannya. Ini perbuatan baiknya untuk hari ini. Diharapkan, tiada sesiapa akan masuk neraka kerana membuat jenaka.

      Membuka lipatan jeans itu, dia meneliti kekotoran dan kesan minyak pelincir hitam di sekelilingnya. Dia tergelak bila nampak kerja tangannya di kawasan kelengkang. Trevor membuat keputusan istimewa dan berubah ke bentuk anjing dan dengan gembira mengoyakkan bahagian kelengkang itu.

      Hanna, kucing tua Puan Tully telah mula tinggal dengannya, berjalan dan menghidu jeans itu sebelum berpusing, angkat ekornya ke atas dan pancutnya untuk menghilangkan bau anjing yang dia tinggalkan. Trevor tidak pernah ketawa sekuat itu dalam hidupnya.

      "Terbaik", bisiknya.

      Keluar dari kereta, dia mendekati pintu hadapan dan campak jeans itu ke semak, hampir ketawa lagi bila ia terjatuh dari semak ke atas sarang semut yang besar. Ini terlalu berharga.

      Menekan loceng pintu, dia masukkan tangan ke dalam poket dan tunggu pintu dibuka. Bila ia dibuka, Trevor membuat riak muka kesian.

      “Hey,” katanya lembut.

      Chad mengeluh dan menyandar di bingkai pintu, "Hey kamu, juga".

      "Lihat, saya tahu saya mengacau dan saya mahu bercakap dengan Envy... atau cuba janji tidak menembak taser padanya" jelas Trevor sedikit tersenyum.

      "Saya boleh, tapi Envy tiada di sini", jawab Chad sambil menolak dirinya dari bingkai pintu dan berdiri tegak. Jason ada berkata pasal Trevor sebagai seorang pengintai dan dia berharap Jason salah. "Dia mahu mengambil cuti dan bersama dengan Tabatha dan Kriss. Saya tidak pasti bila dia akan pulang".

      Trevor menarik nafas panjang dan mengangguk sambil sedar yang bau Envy tidak segar di dalam rumah itu. Setidaknya Chad tidak berbohong yang Envy tiada di rumah. "Saya perlu kamu berikannya sedikit maklumat kalau begitu".

      "Seperti apa?" tanya Chad, nampak serius.

      "Dia perlu jauhkan diri dari Devon Santos. Dia jahat dan akan menyakitinya", ujarnya, berharap Chad menyebelahinya dengan memainkan naluri perlindungan seorang abang.

      Chad mengerut pada amaran Trevor dan memeluk tubuh pada dadanya yang tidak berbaju. "Seperti kamu?".

      Perwatakan baik Trevor menurun, "Hey, apa saya buat adalah tugas saya. Saya tidak mahu sakiti Envy dengan tugas saya. Itulah sebab saya tidak beritahunya apa kerja yang saya buat".

      Dia menoleh jauh dan menolak masuk tangannya lebih dalam ke poket tahu Chad tidak akan tahu. Dia berharap Envy tidak memberitahunya betul-betul apa yang diberitahunya pada Chad. Orang biasa tidak perlu tahu tentang benda yang berlaga pada waktu malam... lebih-lebih lagi seorang polis.

      "Saya beritahunya di malam kamu jumpa saya di kelab itu yang saya panyiasat yang berselindung tapi saya tidak fikir dia percayakan saya", tambahnya, memerhati reaksi Chad jika dia tahu lebih dari sepatutnya.

      Chad mengeluh, "Lihat, saya tahu kamu suka adikku tapi dia sudah beralih arah. Saya rasa kamu patut buat yang sama. Saya bukan hanya beritahumu sebagai pekerja atau kawan, saya beritahumu sebagai seorang yang pernah melaluinya. Biarkan dia sendirian untuk buat keputusannya. Walaupun kamu berusaha gigih, saya rasa dia keluar dengan Devon sekarang".

      Trevor mengangkat matanya ke muka Chad. "Apa?" tanyanya cemas.

      "Dia bersama Devon yang saya tahu", ulang Chad secara terus.

      Trevor rasa kesejukan di tulang belakangnya, berpusing dan melangkah pergi tanpa bersuara. Chad mengerut bila nampak seekor kucing di tingkap hadapan kereta Trevor menyandar di papanmuka. Lelaki itu masuk kereta, pasang injin dan keluar dari anjung.

      “Jason,” Chad menjerit ke udara, "Kamu patut betul dia seorang pengintai".

      Chad tahu Envy keluar dari bandar dengan Devon untuk bersama Kriss dan Tabatha untuk bercuti pendek. Dia tidak mahu beritahu Trevor berita itu sebab Envy mahu ia dirahsiakan. Ianya tidak kisah lagipun, sebab ianya bukan masalah Trevor apa yang Envy buat sekarang.

      Chad mengeleng kepala dan mula masuk semula bila ternampak sesuatu biru di tepi matanya. Riak mukanya terkejut bila sedar itu jeansnya di tanah dan bergegas mengambilnya, marah pada semut yang mengelilinginya.

      Kegembiraannya hilang bila lihat ianya dikoyak dan matanya terbeliak bila nampak bahagian kelengkangnya dikoyak habis.

      Chad menurunkan jeansnya dan menjeling ke jalan, "Anjing, cilaka".

      Bab 2

      Kat telah bergerak berdiri di sebelah tingkap. Dia mahu menjauhkan dirinya dari Quinn sejauh mungkin. Dia menguling matanya bila sedar ia hanya meletaknya dalam garisan penglihatan Quinn. Dia berharap Envy ada di sini. Dia mahu bercakap dengannya... atau mana-mana wanita pun secara am. Ianya bagus ada sedikit sokongan dari perbualan penuh testosteron ini.

      Melihat sekeliling bilik itu, dia sedar tidak semua ahli kumpulan harimau bintang ada di situ.

      "Di mana Micah dan Alicia?" tanya Kat tahu mereka sepatutnya ada untuk ini... apa pun ianya.

      Quinn memandang ke Warren dengan harapan harimau kumbang itu memahaminya dan menyokongnya untuk apa yang akan diperkatakannya. "Alicia belum pulang dari sekolah asrama lagi sebulan dan kita tidak akan bawanya ke dalam pergaduhan ini. Terlalu bahaya untuk gadis-gadis".

      Riak Kat mengeruh lagi dan dia seperti mahu mengoyak kepala keluarga harimau bintang itu.

      "Dan Micah?" tanya Warren sebelum Kat sempat mulakan pergaduhan dari percakapannya yang terakhir tadi.

      "Tidak dapat dihubungi". Kemarahan dalam nada Quinn membuatkan semua memandangnya curiga. "Kita sudah cuba banyak kali tapi dia tidak jawab telefon bimbitnya".

      Steven mengeluh pada kedegilan Quinn dan mencelah, "Micah sudah hilang lebih dua minggu".

      "Apa?" tanya Warren tiba-tiba marah. "Kenapa tidak datang pada kami untuk bantuan?".

      "Disebabkan jurnal bodoh itu", ejek Kat. "Yang jelas, dia takut kita tidak boleh uruskan apa yang dikatanya sebab kita sangat sensitive".

      Michael mengeleng kepala tahu bahawa jika kedua keluarga ini tidak mencari jalan bekerjasama, dia terpaksa jadi pengadil. "Okay, sementara menyelesaikan masalah langsuir, kita perlu petunjuk dalam kehilangan Micah".

      "Secara logik Micah akan kembali sendiri, selalu begitu" Quinn mengangkat bahu.

      Kat merenung keluar tingkap masih marah. Tidak patut Quinn usul gadis-gadis tidak patut bersama?. Mereka boleh suruh Alicia jauhinya jika mahu, dan memang sepatutnya sebab dia yang termuda dari mereka. Tapi jika mereka cuba halangnya, mereka akan terkejut besar. Masalahnya sekarang, dia pun resah tentang Micah.

      Quinn sepatutnya mengenepikan semua itu dan panggil semua. Dia tahu mereka akan membantu walaupun berbeza pendapat. Tidak kiralah jika ayah-ayah mereka berbunuhan sesama mereka... dosa ayah-ayah mereka tidak patut ditanggung anak-anak mereka.

      Walaupun dia tidak tahu, Warren bersetuju secara senyap dengan Kat. Quinn sepatutnya panggil mereka semua bila Micah hilang. Dia tahu bagaimana adik beradik itu akan bergaduh sesama mereka. Pergaduhan itu selalunya berakhir dengan Micah berlari keluar dan hilang beberapa hari... tapi bukan beberapa minggu.

      Steven dab Nick saling berhubung selama beberapa tahun dan Nick beritahu keadaan

Скачать книгу