ТОП просматриваемых книг сайта:
Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah). Amy Blankenship
Читать онлайн.Название Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)
Год выпуска 0
isbn 9788835429487
Автор произведения Amy Blankenship
Жанр Ужасы и Мистика
Издательство Tektime S.r.l.s.
Dia bangkit ke kaki belakangnya untuk membantu Kat bila kedua langsuir yang terakhir menyerang mereka dengan begitu ganas. Trevor tersentap ke belakang beberapa langkah sebelum meraung kuat dan menarik seorang darinya, membalingnya ke dalam lorong itu. Dia meraung lagi bila yang terakhir mengigit bahunya. Dia terdengar jeritan harimau kumbang Kat dan rasa dinding batu bata terhempas di dahinya sebelum terjatuh dari impak itu.
*****
Quinn dan Warren telah memeriksa semua kawasan dalam lingkungan lima batu dari kelab itu.
"Tiada apa-apa di sekeliling", ujar Quinn dan cuba tenangkan kekecewaannya. Ada sesuatu yang tidak kena... dia boleh rasanya di udara.
Warren terdengar kegelisahan di suara Quinn. "Selepas pergaduhan di gudang itu, saya tidak terkejut". Telefonnya berdering membuatkan kedua-duanya terlompat dan sedar betapa cemasnya mereka. Dia keluarkan telefon bimbitnya dari poket jeansnya.
“Hello,” kata Warren di telefonnya kemudian mengangguk setelah seketika. "Okay, kita akan siasat". Dia tutup telefon dan masukkannya ke poket. "Itu Nick, mereka terjumpa terowong bawah tanah di bawah gereja itu".
"Kita patut pergi siasat", ujar Quinn cuba menahan adrenalin yang merangkak di kulitnya dan dia tidak pasti kenapa.
Jeritan jauh harimau kumbang kedengaran di malam sunyi itu membuatkan kedua lelaki itu kaku. Mereka menoleh ke arah bunyi itu sebelum memandang sesama sendiri.
“Kat!” mereka teriak bersama.
Warren dengan cepat keluarkan telefon bimbitnya dari poket dan letaknya di pemegang elastik pada buku lalinya.
Tanpa berlengah dan beberapa saat kemudian kedua lelaki itu berubah dan berkejar di jalan. Orang ramai menjerit dan berlari dari kucing-kucing besar itu, memyebabkan kekecohan. Quinn berada di hadapan dan memintas trafik memyebabkan kereta-kereta menekan brek mengejut. Kereta di belakang merempuh kereta di hadapan, membuatkan reaksi berantai.
Warren melompat ke atas hud kereta yang pertama dan meneliti agar tiada orang yang cedera sebelum mengejar Quinn di seberang jalan.
Pemandu kereta itu terkejut atas apa yang terjadi dan ambil telefon bimbitnya.
*****
Jason sangat bosan. Tiada apa yang berlaku selama beberapa hari dan dengan Tabby dan Envy bercuti, dia boleh jadi gila.
Bila telefon berdering dia hampir terlompat terkejut dan cepat-cepat ambilnya untuk jawab.
"Stesyen Renjer", kata Jason bosan.
"Ya", satu suara terketar menjawab. "Saya mahu laporkan sesuatu pelik".
Jason mengeluh dalam hati dan mengambil pen dan kertas. "Okay, beritahu saya apa yang kamu nampak, tuan".
"Suatu yang paling cilaka yang pernah saya nampak", kata lelaki itu sesak nafas. "Saya nampak seekor harimau bintang dan seekor harimau kumbang berkeliaran bebas di tengah bandar. Saya brek mengejut bila harimau bintang itu melintas di hadapan saya dan harimau kumbang pula meloncat ke atas hud kereta saya, melihat saya, kemudian lari mengejar harimau bintang tadi".
"Ia mungkin satu lagi kes melarikan diri dari zoo", kata Jason, walaupun itu satu penipuan yang biasa digunakan pada orang awam untuk menjawab bahawa bandar itu selalu ada perhilitan merbahaya sekarang.
"Tidak", teriak lelaki itu. "Harimau kumbang itu ada telefon bimbit diikat di buku lalinya".
Jason melihat ke renjer lagi satu di pejabat itu, Jacob Savage.
"Jadi kamu kata harimau kumbang itu ada telefon bimbit diikat di kakinya?" tanya Jason.
Jacob hampir tercekik pada kopinya dan letakkan cawannya ke bawah, mengesat hidungnya kerana ada kopi yang masuk ke hidungnya.
"Itu sebagaimana apa saya kata!", lelaki itu mengilai cukup kuat sehingga Jacob pun boleh dengar dia.
Jason mengangguk, "Baiklah tuan, bertenang. Kamu kata dia lari pergi, jadi kamu selamat. Terimakasih atas panggilan, kami akan siasat".
Jason cepat-cepat letak telefon dan merenungnya seketika seakan alat itu akan menerkam dan makan dia.
"Baik sahaja", Jacob teruja selepas tenang dari batuknya.
*****
Warren akhirnya berjaya dekat dengan Quinn semasa sampai di lorong di mana bau Kat amat kuat. Berpusing di bucu, mereka sempat melihat Kat mengoyak tekak satu langsuir dan seekor beruang besar menusuk kukunya yang panjang menembusi dada satu lagi langsuir. Kuku itu tembus terus ke belakang langsuir itu, memegang jantungnya sebelum memerasnya seperti belon air.
Kat terkebil, sedar semasa berlawan... langsuir-langsuir itu seakan bertambah. Dia hampir tidak sempat bernafas sebelum diserang satu lagi langsuir. Dia menjerit bila taring tajam mengigit rusuknya. Kukunya menikam belakang penyerang itu cuba menolaknya. Tiba-tiba berat di sisinya hilang dan dia terjatuh, pengsan dari kesakitan, kehilangan darah dan kepenatan.
Quinn nampak langsuir itu menyerang Kat dan kemarahannya memuncak di dada. Dia berlari ke dalam lorong itu tidak kisah jika Warren ikutnya atau tidak. Menerkam langsuir itu ke tanah, dia meraung ke mukanya sebelum mengoyak lehernya dengan taring tajam. Dia boleh rasa kukunya menusuk langsuir itu semasa panik tapi dia hilang sabar dan terus mengoyak. Mencampak kepala langsuir itu ke tepi, dia menoleh ke Kat dan menyeringai.
Trevor dengan senang melawan langsuir terakhir itu, mengoyaknya terburai sehingga tiada apa yang tinggal kecuali tubuh tanpa kepala dan anggota badan. Dia menoleh semasa mendengar jeritan Kat kemudian nampak seekor harimau bintang menerkam langsuir yang menyerangnya. Bila Kat berubah semula ke manusia, Trevor berdiri menutupi badannya yang bogel dan pengsan, melutut berjaga-jaga jika ada serangan lain.
Satu ngauman kasar menarik perhatiannya dan lihat renungan harimau bintang yang sedang marah melangkah ke arahnya mahu membunuhnya... Quinn Wilder.
Disebabkan perlawanan tadi, Trevor sangat letih dan pergerakannya lambat. Dia tidak terdaya menangkis Quinn dan mengambil serangan kuat di sisinya. Trevor terpelanting merentas lorong itu ke dinding batu bata untuk kali kedua malam itu.
Trevor meraung dan bangun ke kaki belakangnya untuk dua saat sebelum terkulai dan jatuh ke tanah. Quinn mendekatinya dan Trevor tidak mahu berubah di hadapan harimau bintang itu tapi dia terpaksa. Lagipun Kat akan beritahu mereka juga... apa pilihan lain yang ada?. Tidak dapat melihat kecederaannya di bawah bulunya, dia berubah perlahan-lahan dan cuba bangun sekali lagi.
Quinn terhenti bila nampak manusia lelaki dari bar tadi... Warren panggil dia Trevor. Dia berdengus bila deria baunya memberitahunya Trevor bukan perubah bentuk biasa... atau bukan yang dia pernah jumpa. Tidak tahu apa yang dihadapinya tidak menenangkan kemarahannya.
Dia mara ke hadapan tapi Warren memintasnya dan merapati Trevor, berubah ke manusia semasa itu. Bila Trevor terhoyong-hayang, Warren memegang tangannya dan menaikkannya ke atas bahunya. Dia tidak nampak sebab untuk biarkan Quinn lawan seorang yang lemah.
Trevor melihat ke Warren dan tersengeh bila sedar nasib mereka. "Memang kacau, sekarang kita semua bogel", ujarnya dan terus pengsan.
Warren mengeleng kepala dan tidak dapat menahan senyuman sebab Trevor berkata benar. Ianya masa sebegini dia syukur dia bawa telefon bimbitnya dan membawanya seperti itu. Dia meletak Trevor ke dinding dengan lembut dan mahu ambil telefonnya bila terdengar Quinn menyeringai.
Quinn berubah dan sedang meneliti tubuh Kat yang pengsan. Pakaiannya beberapa kaki jauh, terkoyak bila dia berubah dan tidak boleh dipakai lagi. Memutuskan tentang pakaian nanti, Quinn meneliti kecederaan Kat dan kaku bila melihat darah masih mengalir di pehanya.
Mengerakkan kakinya untuk melihat lebih rapi darah yang keluar, dia terkejut melihat kesan pacaran. Dia menyeringai dari tekak tidak sengaja. Seseorang telah berpacar dengan Kat, memberinya kesan itu dan tinggalkannya.
Quinn rasa cemburu dari dalam hatinya dan merapatinya untuk hidu jika bau pacarnya masih pada Kat. Itu membuatnya lebih marah... dia tidak berbau lelaki,